Wednesday, July 29, 2009

COMPANY EXTRACT OF ESAWIN SDN.BHD.(827089-M)



Sejak bila kami dijodoh saling berkenal
jasa dan khidmat terang di sekeliling kita
patah-kata dan nasihat menjadi ilmu generasi
kenangan yang indah asyik diburu dalam mimpi segar

Wahai oh sayang kawan terhormat
wahai kawanku cita segunung
manakah maruah dan ilmu bijak
keputusan anda menghancurkan harapan kita
projek dibagi luar sangkaan kita
jaya dan gagal bukanlah kawalan kita
manakala keputusan yang tidak seimbang menjadi kemaluan anda

Rakyat dahulu sering dikata
kelakuan kamu memang tidak boleh disyaki
tapi ini semua kisah lama
yang harapkan dan kelakuan lama tidak akan muncul
kawanku dan pahlawanku sila kembali
tunjukkan keiklasanmu dan keupayaan adilmu
tinggalkan teladan baikmu kepada pengikutmu
bukanlah bau busuk dihidu seluruh negara

Amboi kawanku, amboi kawanku
sedarkan diri sebelum dosa dicatat setinggi gunung
jagalah perasaan kawanmu dan ketegasanmu
peluang terakhir mesti dipegang kukuh
andalah menteri bukanlah tuhan
keadilan selalu kuat dibanding dengan dosa

Hentikan dosa kamu
kembalilah ke titik jasa kamu
itulah sahaja kami menunggu
hentilah sebelum kami bertindak
mungkin tidak diambil kisahmu
jangan insaf setelah menjadi kenyataan
pulanglah kawanku, pulanglah maruahmu
nasihat ini saja boleh disampaiku



Kawan B. Yang Menunggu

KUASA BESAR HATI BERTUKAR

Subur senja tetap berpintar
pagi petang terus bergerak
Insan binatang memang handal
sini sana asyik mencari hala

Nama dan kaya memburu hati
sopan dan aman hilang gementar
suci dan setia hilang sejati
belian dan emas dikumpul harta

Dulu kebudayaan kini luar bandar
sama-sama mengkhidmat rakyat
luar bandar ribu peluang kumpul harta
kawan dilupa mala harta dikhayal

Menteri terhormat hati berjasa
tetap impian besar rakyat bergembira
kini bertukar jadi liar berdosa
keputusan dibuat memaksa kawan gila

Wasallam,

Kawan Lama Bin Masih Berhormat

BANGUNLAH TOK SHAFIE APDAL

Wahai Tok Shafie Apdal
rindulah wajah muka dahulu
hatimu seputih kapas
namanya tiada libatan neraka

Wahai Tok Shafie Apdal
pujian sepenuh pekan Semporna
hormat setinggi-tinggi dari kita
malangnya semua cerita lama

Aduhai Tok Shafie Apdal
besarnya menteri sekarang dipegang
itulah alasan hati manusia bertukar
hilangnya janji dulu yang dipegang

Kesiannya kawan Tok Shafie Apdal
keyakinan dipegang keras sebesi
kepercayaan dibawah seumur hayat
yang tunai dikhianat sebetul-betulnya

Sedihnya jadi kawan Tok Shafie
hatinya ditikam betul keris
hubungannya dipegang nipis
malangnya tidak seumur jelas

Apahal Tok Shafie Apdal
kepeganganmu begitu lemah
kawanmu mula sedar
yang tinggal hanya harta

Tengoklah Tok Shafie Apdal
projek disusun mengira harta
hati dijual sejauh panah
hilangnya akal mengumpul harta

Namanya masih Shafie Apdal
harapkan maruah dicari mesra
pegangan disedia sama dahulu
tunailah rakyat dahulu hidup semula

Wasallam,

Kawan Lama Bin Masih Berhormat