Tuesday, July 28, 2009

Salam sejahtera Malaysia,

Beberapa minggu yang lepas, kami telah dapati Syarikat Esawin mengambil bahagian dalam projeck tersebut di blog (1), kami telah menyiasat dari infomasi yang terdapat di dalam KKLB, kami mendapati syarikat tersebut merupakan sebuah syarikat yang mendaftar bawah "General Trading" Sahaja, tiada pengalaman, tiada CIDB dan lesen PKK kelas A sekali.

Syarikat tersebut menambahkan modal perdagangannya tetapi tidak memiliki sebarang Lesen kontrak seperti, PKK kelas A dan CIDB. Syarikat ini telah melibatkan Kuasa di atas mendapatkan lesen tersebut di atas dengan tiada sebarang pengalaman dalam singkat masa SAHAJA.

Wahai Malaysia, perihal dan aduan kami ini pun dibawakan kepada Pegawai dan Menteri di KKLB. Jawapan adalah sabar, malangnya kesabaran kami ini telah memberikan peluang untuk syarikat ini mendapatkan lesen berkenaan dan mendapatkan PROJEK SEJUMLAH 80 JUTA dengan senang sekali.

Setakat yang didapati oleh kita, Kementerian Kewangan telah batalkan pemohonan syarikat ini menjadi Kontrator bagi projek tersebut. mengapakah, bagaimanakah syarikat ini masih berupaya melaksanakan dan menghapuskan semua halangan ini. Ini mungkin seperti kataan dari Menteri KKLB, "Rakyat Terdahulu".(senyuman yang penuh dengan kesedihan)

Bukti-bukti yang bergunung telah pun dalam tangan kami, kami akan menyiarkannya kepada kamu semua, ianya melibatkan bagaimanakah ataupun masa yang diambil oleh syarikat tersebut mendapat semua lesen-lesennya.

Keadilan di mana, "Rakyat Dahulu" di mana, kami adalah sekumpulan rakyat yang penuh keyakinan dengan takdir kementerian, adakah ini yang kami dapati.

Tahniah di sampaikan untuk syarikat tersebut.


......................................................................................disambungkan.

Wassalam,

Anak Suci Bin Mana Dia

Funny Project Arrangement Award In KKLB

Kepada Syarikat-Syarikat Kelas 1 Negeri Sarawak Yang DI TIPU dan DIANIAYAI oleh KKLB dan MENTERINYA....

Saya ingin menyuarakan ketidakpuasan saya kepada Kementerian Luar Bandar Dan Wilayah terutamanya kepada Datuk Seri Mohd Shafie Apdal selaku Menteri KKLB kerana tidak berlaku adil di dalam pemberian projek BELB untuk tahun 2009/2010. Projek BELB untuk tahun 2009/2010 telahpun diberikan kepada 3 syarikat iaitu syarikat Shorefield yang berjumlah RM150 juta yang mungkin Datuk Seri Mohd Shafie ada kepentingan didalam syarikat tersebut. Syarikat kedua adalah Citra Alti yang mendapat RM20 juta yang dengar khabar milik seorang menteri kanan di Sarawak iaitu Datuk Seri Awang Tengah dan syarikat ketiga adalah syarikat Esawin Resources Sdn Bhd yang mendapat RM80 juta dan juga milik menteri kanan di negeri Sarawak iaitu Datuk Seri James Masing. Itulah khabar yang saya dengar di negeri Sarawak ini samada betul atau tidak tetapi tidak mustahil kerana daripada 6 syarikat yang sepatutnya mendapat projek ini hannya 3 syarikat sahaja yang akhirnya diberi keistimewaan oleh KKLB dan menterinya yang mana projek yang digelar "Lombong Emas" ini jatuh ketangan mereka.

Pada mulanya , pihak Kementerian Luar Bandar Dan Wilayah telah bersetuju untuk menawarkan kepada 6 kontraktor di Sarawak dan akhirnya 3 syarikat besar milik VVIP sahaja telah dilantik secara "runding terus" iaitu Syarikat Shorefield Sdn Bhd, Citra Alti Sdn Bhd dan Esawin Resources Sdn Bhd dan yang baki 3 itu akan dibawa kepada tender terhad. Saya telah pergi ke Kementerian Kewangan (MOF) untuk mendapat kepastian dan pegawai di MOF telah memberitahu saya bahawa nama syarikat saya telahpun berada didalam senarai "tender terhad" tersebut dan saya pun berpuas hati walaupun saya tahu peluang untuk mendapat projek itu adalah 50/50 tetapi saya tetap berpuas hati kerana ianya terbuka kepada syarikat-syarikat kerdil yang lain seperti syarikat saya. Pada bulan lepas saya mendapat tahu bahawa satu syarikat yang baru ditubuhkan pada bulan ogos tahun lepas telah mendapat projek ini secara runding terus dengan jumlah RM80 juta dan tiada lagi tender terhad seperti yang telah dipersetujui oleh Kementerian Kewangan dan diluluskan oleh Perdana Menteri Malaysia kita iaitu Datuk Seri Najib. Saya juga mendapat tahu juga bahawa syarikat AME Sdn Bhd dari Kuching telahpun diberi LOI iaitu Surat Niat untuk projek ini yang berjumlah RM20 juta tetapi telah ditarik balik oleh KKLW. Apakah ini keadilan namanya? Dimanakah peranan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal selaku menteri KKLB yang mana projek boleh bertukar tangan dalam sekelip mata kalau tidak beliau ada mempunyai kepentingan didalam syarikat yang mendapat projek ratusan juta ini. Syarikat Shorefield pada mulanya ditawarkan LOI berjumlah RM105 juta dan kemudiannya dinaikkan kepada RM150 juta kalau bukan beliau ada kepentingan didalam syarikat tersebut. Selaku menteri KKLB, beliau boleh berbuat sesuka hati kerana projek tersebut dibawah kementerian beliau dan boleh memilih mana-mana syarikat sahaja yang beliau suka asalkan beliau mendapat bahagian didalam projek ratusan juta ini. Beliau harus sedar bahawa beliau telah diamanahkan oleh rakyat Malaysia untuk menjadi wakil rakyat yang mana akan membela nasib rakyat terutamanya yang miskin dan sekaligus berlaku adil kepada mana-mana syarikat yang ingin mendapatkan projek di bawah kementerian beliau dan bukannya mengambil kesempatan untuk memenuhi poket sendiri. Saya dan seluruh syarikat-syarikat di Sarawak merasa tertipu malah teraniaya kerana beliau selaku menteri KKLB tidak berlaku adil kepada syarikat-syarikat lain maupun ingin membantu dengan berlaku adil pada semua syarikat yang berminat kepada projek ini.

Soalan saya disini, tak adakah syarikat-syarikat lain yang mampu mengendalikan projek ini dan jawapannya ADA tetapi tidak pernah diberi peluang kerana menteri dan pihak-pihak tertentu yang mempunyai kepentingan didalam setiap syarikat yang diberi projek ini telah mengambil kesemuanya projek ini dan langsung tidak ada peluang dan ruang untuk syarikat lain. Ada beberapa syarikat pernah diberi peluang sekali sahaja untuk mendapat projek ini dahulu dan selepas itu terus mengemis dan mengemis setiap tahun di KKLB untuk mendapat projek ini lagi tetapi hampa. Syarikat Shorefield dan Citra Alti lah yang paling bertuah kerana setiap tahun akan mendapat projek BELB ini atas pertolongan menteri dan pihak-pihak tertentu/VVIP dan 2 syarikat ini dianggap "anak emas" KKLB kerana dijaga, ditatang dan diberi layanan istimewa oleh Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Menurut sumber yang boleh dipercayai Syarikat Esawin bukanlah milik bumiputra 100% dan saya ada salinan daripada SSM yang mengatakan pemilik-pemilik syarikat ini bukannya bumiputra malah menggunakan 2 orang berbangsa melayu untuk mengaburi pihak tertentu. Syarikat ini juga baru sahaja mendapat lesen Kelas 1 dan CIDB Gred 7 dan yang menghairankan saya ialah syarikat ini tidak pernah ada pengalaman didalam bidang kerja elektrik ini dan mesti ada pihak tertinggi yang terlibat yang memastikan projek yang beratus juta ini jatuh ketangan mereka. Setahu saya syarat untuk mendapat projek ini mestilah 100% milik bumiputra dan mempunyai lesen Kelas 1 dan untuk mendapat lesen kelas 1, syarikat tersebut mestilah mempunyai pengalaman di dalam bidang elektrik. Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berlaku adil lah kepada kami dan mengapa tidak jumlah RM150 juta itu dipecahkan dan dibahagikan kepada 4 atau 5 syarikat supaya dan begitu juga jumlah RM80 juta itu dibahagikan kepada 3 atau 4 syarikat supaya syarikat-syarikat yang kerdil seperti kamipun dapat merasa projek BELB ini. Syarikat kami juga mempunyai pekerja-pekerja yang perlu kami tanggung yang mana kebanyakkan daripada mereka mempunyai keluarga, anak-anak yang masih bersekolah, rumah yang perlu dibayar sewa maupun pinjaman dibank maka saya merayu dan memohon kepada Datuk Seri Mohd Shafie Apdal supaya berlaku adil dan telus kepada kami dan janganlah hanya mementingkan poket sendiri. Duit haram daripada projek ini tidak baik untuk diberi makan kepada anak-anak dan isteri dan juga untuk membiayai pelajaran sekolah mereka kerana ianya bukan didapati secara halal. Apapun yang Datuk seri Mohd Shafie Apdal lakukan di dunia ini nescaya akan dibalas di akhirat jua nanti samada ianya balasan yang baik ataupun yang buruk kerana ALLAH SWT itu maha kaya, maha melihat dan mendengar setiap doa-doa hambanya yang memohon bantuan.

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatu.

Wasallam,

Hamba Allah