Sejak bila kami dijodoh saling berkenal
jasa dan khidmat terang di sekeliling kita
patah-kata dan nasihat menjadi ilmu generasi
kenangan yang indah asyik diburu dalam mimpi segar
Wahai oh sayang kawan terhormat
wahai kawanku cita segunung
manakah maruah dan ilmu bijak
keputusan anda menghancurkan harapan kita
projek dibagi luar sangkaan kita
jaya dan gagal bukanlah kawalan kita
manakala keputusan yang tidak seimbang menjadi kemaluan anda
Rakyat dahulu sering dikata
kelakuan kamu memang tidak boleh disyaki
tapi ini semua kisah lama
yang harapkan dan kelakuan lama tidak akan muncul
kawanku dan pahlawanku sila kembali
tunjukkan keiklasanmu dan keupayaan adilmu
tinggalkan teladan baikmu kepada pengikutmu
bukanlah bau busuk dihidu seluruh negara
Amboi kawanku, amboi kawanku
sedarkan diri sebelum dosa dicatat setinggi gunung
jagalah perasaan kawanmu dan ketegasanmu
peluang terakhir mesti dipegang kukuh
andalah menteri bukanlah tuhan
keadilan selalu kuat dibanding dengan dosa
Hentikan dosa kamu
kembalilah ke titik jasa kamu
itulah sahaja kami menunggu
hentilah sebelum kami bertindak
mungkin tidak diambil kisahmu
jangan insaf setelah menjadi kenyataan
pulanglah kawanku, pulanglah maruahmu
nasihat ini saja boleh disampaiku
Kawan B. Yang Menunggu