Salam sejahtera Malaysia,
Beberapa minggu yang lepas, kami telah dapati Syarikat Esawin mengambil bahagian dalam projeck tersebut di blog (1), kami telah menyiasat dari infomasi yang terdapat di dalam KKLB, kami mendapati syarikat tersebut merupakan sebuah syarikat yang mendaftar bawah "General Trading" Sahaja, tiada pengalaman, tiada CIDB dan lesen PKK kelas A sekali.
Syarikat tersebut menambahkan modal perdagangannya tetapi tidak memiliki sebarang Lesen kontrak seperti, PKK kelas A dan CIDB. Syarikat ini telah melibatkan Kuasa di atas mendapatkan lesen tersebut di atas dengan tiada sebarang pengalaman dalam singkat masa SAHAJA.
Wahai Malaysia, perihal dan aduan kami ini pun dibawakan kepada Pegawai dan Menteri di KKLB. Jawapan adalah sabar, malangnya kesabaran kami ini telah memberikan peluang untuk syarikat ini mendapatkan lesen berkenaan dan mendapatkan PROJEK SEJUMLAH 80 JUTA dengan senang sekali.
Setakat yang didapati oleh kita, Kementerian Kewangan telah batalkan pemohonan syarikat ini menjadi Kontrator bagi projek tersebut. mengapakah, bagaimanakah syarikat ini masih berupaya melaksanakan dan menghapuskan semua halangan ini. Ini mungkin seperti kataan dari Menteri KKLB, "Rakyat Terdahulu".(senyuman yang penuh dengan kesedihan)
Bukti-bukti yang bergunung telah pun dalam tangan kami, kami akan menyiarkannya kepada kamu semua, ianya melibatkan bagaimanakah ataupun masa yang diambil oleh syarikat tersebut mendapat semua lesen-lesennya.
Keadilan di mana, "Rakyat Dahulu" di mana, kami adalah sekumpulan rakyat yang penuh keyakinan dengan takdir kementerian, adakah ini yang kami dapati.
Tahniah di sampaikan untuk syarikat tersebut.
......................................................................................disambungkan.
Wassalam,
Anak Suci Bin Mana Dia
Wassalam,
Anak Suci Bin Mana Dia